Evolusi Jalur Barat Geologi_Semenanjung_Malaysia

Jalur Barat Semenanjung Malaysia ialah sebahagian daripada blok Sibumasu yang berasal daripada superbenua Gondwana.

Semasa usia Kambria sehingga Ordovisi, formasi batuan yang membentuk Langkawi berkemungkinan terbentuk berhampiran Lembangan Canning di kawasan Australia dalam superbenua Gondwana berdasarkan fosil fauna yang sama (Burrett dan Stait, 1985,1986).

  • Semasa usia Karbon Awal, blok Sibumasu terdiri daripada daratan dan lautan cetek.
  • Semasa usia Perm Awal, blok Sibumasu yang merupakan lautan cetek sepenuhnya bergerak menjauhi Australia.
  • Semasa usia Perm Akhir, blok Sibumasu terdiri daripada daratan dan lautan bercantum dengan blok Qiang-Tang dan blok Cimmeria Barat untuk membentuk benua Cimmeria.
  • Semasa usia Trias Akhir, blok SIbumasu yang merupakan laut sepenuhnya dalam blok Cimmeria bercantum secara menyusup ke bawah benua Cathaysialand yang terdiri daripada blok Malaya Timur.